Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Mohammad Hasif Matzin
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 1 Mac. - Pertubuhan WARGAMAS Brunei mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-7 di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Selawat Tafrijiyyah.
Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan aluan-aluan dan penjelasan mengenai AGM Kali Ke-7 yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua Pertubuhan WARGAMAS bagi sesi 2021-2026, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Mohd. Don selaku Pengerusi Majlis.
Pada majlis tersebut, tetamu kehormat telah menyampaikan ucapan khas dan disusuli dengan perasmian AGM Kali Ke-7.
Bagi menyerikan lagi majlis, persembahan 'Lagu Rasmi Pertubuhan WARGAMAS' disampaikan Warga Wira Persatuan WARGAMAS.
Acara juga diisikan dengan Sesi Pembentangan Laporan dan Kewangan Tahun 2025 dan Agenda Tambahan, dan diteruskan dengan Sesi Pemakluman Calon dan Pengundian Jawatankuasa Tadbir Tertinggi (JKTT) bagi sesi 2026-2029 oleh Badan Penilaian, Pemilihan dan Sokongan (BPPS).